Lilypie First Birthday tickers

Tuesday 4 June 2013

Diam diam hanafi berisi

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Miqdad Hanafi bin Mohamad Hafizee
Happy 9 months old!

Sunday 21 April 2013

Sampai bila....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
Hari ni.. hari ahad. Ditinggalkan sekali lagi.
Sampai bila lah ummi dengan hanafi nak berjauhan dari daddy..
Daddy baru smpai ptg jumaat. Hari ahad dah kene balik semula.
Kadang-kadang rasa tak sanggup nak hidup macam ni lagi..
Respect btul kat orang yg bertahun-tahun berjauhan dari pasangan dan keluarga..

Tuesday 16 April 2013

Hanafi demam lagi...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Huhu.. Sedih yang amat...
Ni kali kedua Hanafi demam dalam tahun ni.
Kali pertama, masa cuti Tahun Baru Cina haritu.

Hanafi kalau demam, siaplah ummi dia tak tidur malam.
Die akan merengek, menangis sepanjang malam.
Sampai ummi dia tak tahu nak buat apa.

Dahlah ummi sorang-sorang je yang jaga dia.
Memang mencabar.
Sampai last-last, ummi dia yang nangis jugak.
Hahaha.

Kali ni punya demam, pakej sekali dengan selsema, batuk.
Meleleh air hidung dia, asyik bersin2 je.
Tengok die nak bernafas pun susah..
Ummi tolong die sedut hingus-hingus tu biar senang die nak bernafas.

Hanafi ni time tak sihat.. memang manja terlebih.
Dia nak ummi dia sentiasa depan mata.
Ummi baru angakat punggung je, dah dengar dia merengek.

Alhamdulillah, setelah dekat seminggu.. baru nampak demam dia kebah.
Cuma selsema dan batuk masih ada.
Kesian tengok dia batuk.. Sampai muntah-muntah.
 
Terima kasih kepada En. Suami yang sanggup datang dari Sandakan sebab risaukan anak yang tak sihat.
Sekali datang, tambang pergi balik dekat RM600 lebih.
Adeh, pokai lah mcamni..
 
Harap-harap Hanafi cepat pulih sepenuhnya ya sayang.
 


Saturday 6 April 2013

7 bulan berlalu... Begitu pantas!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pejam celik, pejam celik...
Hanafi dah pun 7 bulan.
Alhamdulillah.

Dan dah 4 bulan pun ummi menjaga dan mendidik Miqdad Hanafi SEORANG DIRI.
Macam tak sangka... 
Dulu terfikir-fikir, macam mana lah nak jaga anak sorang diri.
Suami jauh, family jauh...
Duduk rumah sewa pun sorang-sorang je..

Alhamdulillah.. memang sukar tapi berjaya ditempuhi.

 Perkembangan Hanafi di usia 7 bulan...?


Baby sitter kat taska kate.. Hanafi selalu tolong mop lantai.
Hahaha... Bergolek sakan.
Die tak pandai menyusur lagi.

Jumpa lagi.
(Di usia Hanafi 8 bulan.. mungkin.. Haha)

Friday 29 March 2013

Ummi Miqdad's blog ^_^

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia
 

Alhamdulillah
 
Akhirnya tercapai hasrat nak bukak blog baru.
 
Blog ala mak-mak gitu.
 
Semoga Ummi Miqdad gigih meng'update' blog lepas ni.

Ameen. InsyaAllah.